19 Mac 2020, Shah Alam - Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini mengambil inisiatif menjalankan mesyuarat secara atas talian menggunakan aplikasi Skype For Business melalui capaian 1govuc. Sebagai permulaan, Mesyuarat Pengurusan Pendaftar JAKESS yang dipengerusikan oleh Ketua Pendaftar YA Puan Noor Huda binti Roslan dan disertai oleh Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah dan Ketua-ketua bahagian dan unit. Mesyuarat yang dijalankan bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang itu antara membincangkan mengenai arahan dan gerak kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan serta persediaan dan tindakan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. YA Puan Noor Huda turut mengingatkan ahli-ahli mesyuarat agar bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 dan sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikuatkuasakan.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor