Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Khamis 23 Januari 2020, 06:36:05.

    Total Visitor 1877

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

MAJLIS BERSAMA JABATAN
JAKESS

Apa Itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ.

Skop, Bidang dan Fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara Yang Boleh Dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.
image

Ahli MBJ

Wakil Pengurusan

YAA Tuan Mohammad Adib bin Husain - Pengerusi
Puan Noor Huda binti Roslan
Encik Ahmad Zuhair Bin A. Mubin
Puan Noor Lidyawati binti Salehhudin - Setiausaha
Puan Rahiza binti Ab Rahim
Puan Nur Syamimi binti Jamil

Ahli MBJ

Wakil Pekerja

  1. YA Tuan Salehan bin Yatim (Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah (Gred LS 52 / LS48))
  2. Puan Nadiah binti Khamis (Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah (Gred LS 44))
  3. Tuan Muhamad Hafiz bin Moksin (Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah (Gred LS 41))
  4. Encik Faizarul Nizam bin Azhari (Skim Perkhidmatan Penolong Pendaftar Syariah (Gred LS38/ LS32/ LS29))
  5. Encik Mohd Faris Bin Mustazah (Skim Perkhidmatan Gred N/FA/J 29/32/36/38/40)
  6. Puan Rubiah binti Baharuddin (Skim Perkhidmatan/Pembantu Tadbir (P/O) Gred N26, Pembantu Tadbir (W) Gred W22/ Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22)
  7. Encik Mohd Anas bin Kadir (Skim Perkhidmatan Pembantu Syariah Gred LS 22/LS19)
  8. Puan Juliana binti Abd Razak (Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat (Gred N19/N28/N29))
  9. Puan Nurul Hanisah binti Jumri (Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19)
  10. Puan Nur Zakina Elmy binti Ahmad Zaki (Skim Perkhidmatan Jurubahasa Gred L19/Pembantu Perpustakaan  Gred S19   /Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19/ Juruteknik Gred J19)
  11. Encik Ahmad Syahir bin Saari (Skim Perkhidmatan Gred N19)
  12. Encik Mohd Zulkarnain bin Shahdan (Skim Perkhidmatan Pemandu Gred H11)
  13. Encik Moh Iszanis bin Bakar (Skim Perkhidmatan Penghantar Notis Gred N14/Gred N11)
  14. Puan Herni Yanti binti Harun (Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi Gred N11)
image