Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Khamis 23 Januari 2020, 06:36:05.

    Total Visitor 1877

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 994

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) - JAKESS

AKRAB adalah nama yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai pembimbing rakan sekerja. Akrab mula diperkenalkan melalui satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA melalui pekeliling bil :18/2005. Sejak dari tahun 2005 bebrapa agensi kerajaan serta badan berkanun telah menubuhkan unit AKRAB diorganisasi masing-masing, tidak terkecuali di JAKESS sendiri.

Di JAKESS, Akrab mula diperkenalkan pada 2007 selepas seramai 23 pegawai JAKESS ditauliahkan oleh pihak JPA. Mereka yang layak dilantik sebagai ahli AKRAB hendaklah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling yang ditetapkan oleh pihak JPA. Sehingga kini seramai 14 orang masih bertugas di JAKESS, manakala ahli yang lain telah bertukar ke agensi lain.

Sejak AKRAB diperkenalkan di JAKESS beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya mengadakan lawatan ke rumah perlindungan wanita Baitul Ehsan dan mengadakan sesi bimbingan samada secara individu mahupun kelompak. Pada peringkat awal hanya kakitangan yang dirujuk pihak pengurusan sumber manusia sahaja yang diberi keutamaan. Manakala bagi ahli AKRAB sendiri kursus pasca AKRAB juga telah dianjurkan dan dihadiri samada di peringkat JAKESS atau peringkat SUK Negeri.

Sesungguhnya usaha membimbing dan membangunkan potensi modal insan merupakan satu usaha yang amat murni. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di agensi, semua pihak iaitu ketua jabatan, pegawai psikologi, pihak pengurusan sumber manusia dan ahli-ahli AKRAB perlu sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.

A.K.R.A.B.

merupakan akronim kepada perkataan berikut yang menjadi teras nilai yang perlu ada kepada setiap seorang rakan pembimbing :

A : Amanah

K : Komitmen

R : Rasional

A : Akhlak

B : Bestari

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

VISI

Menjadikan AKRAB sebagai penggerak kepada pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

MISI

a)  Melaksanakan aktiviti membimbing kepada warga organisasi;

b)  Membantu pegawai/kakitangan yang memerlukan bantuan dalam menghadapipermasalahan kehidupan;

c)  Bertindak sebagai pengantara antara pegawai/kakitangan dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan

d)  Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB

FUNGSI
FUNGSI

1. Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
2. Mengukuhkan nilai kendiri;
3. Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
4. Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
5. Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
6. Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
7. Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan

Ahli Akrab

  1. Puan Nenney Shuhaidah binti Samsudin - Pengerusi
  2. Tuan Salehan bin Haji Yatim - Ahli
  3. Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim - Ahli
  4. Tuan Muhamad Nazri bin Basrawi - Ahli
  5. Puan Siti Rahmah binti Hussin - Ahli
  6. Puan Masroha binti Duki - Ahli
  7. Zahrudin bin Mohamed Jawawi - Ahli
  8. Puan Sri Kauthar binti Mohamad Banon - Ahli
  9. Aris Fadhilah bin Ramli - Ahli
  10. Faizarul Nizam bin Azhari - Ahli
  11. Tuan Haji Harun bin Hashim - Ahli
  12. Puan Norliana binti Zaimon - Ahli
  13. Puan Salasiah binti Shamsuddin - Ahli
  14. Puan Siti Kalthum binti Taib - Ahli
15. Puan Puan Norsafia binti Shariff - Ahli 
16. Nor Khisamuddin bin Md Nor - Ahli
17. Puan Siti Rashidah binti Sarkom - Ahli
18. Nasha bin Tarikat - Ahli
19. Tuan Masnizar @Mohd Nizar bin Mokhtar - Ahli
20. Tuan Abdul Hadi bin Umar - Ahli
21. Tuan Aminullah bin Bahrin - Ahli
22. Puan Norsalwa binti Abdullah Thani - Ahli
23. Tuan Mohd Soleh bin Bahari - Ahli
24. Puan Siti Aminah binti Hussin - Ahli
25. Puan Ramidah binti Abdul Hamid - Ahli
26. Puan Rubiah binti Baharuddin - Ahli
27. Tuan Mohamad Yuszairi bin Mohamad Zam Zam - Ahli
28. Mohd Anas bin Kadir - Ahli 

AKTIVITI AKRAB JAKESS

Shah Alam, 5 Julai 2019 - Seramai 10 org  pegawai dr PERDA yg diketuai oleh Tuan Mohd Asri bin Baharum@ Harun, Timbalan Pengurus Besar

...

Shah Alam, 10 Januari 2019 -

...